Travel

Sakura Trip Seoul – Eid | Hello Kitty | Ehwa University

Written by Radin Fadli

Selepas habis melaram dengan memakai baju tradisional di Namsangol Hanok Village, kami meneruskan perjalanan seterusnya menuju ke Itaewon. Dari stesen Chungmuro terus menuju ke stesen Itaewon Exit 3. Sambungan dari entri lepas.

*Panduan untuk ke kawasan belakang masjid boleh di dapati di Murree Muslim Food Restaurant, Itaewon. Dalam entri ini akan di tunjukkan ke mana anda harus tuju dari Exit 3 tadi. Baik tak aku, sebiji- sebiji bagi hahaha.

Destinasi kami yang pertama adalah Eid untuk makan tengahari, tetapi bila sampai sahaja dekat Eid FULL HOUSE. Jadi kami decide untuk menunaikan solat zohor terlebih dahulu. Ramai yang prefer kawsan Itaewon ini sebab untuk mendapatkan makanan halal sangat mudah berbanding di bahagian lain bandar Seoul. Untuk ke masjid sangat mudah, dari Eid kami hanya perlu berpatah balik sedikit untuk sampai ke pintu belakang masjid.

0a

“Hmm , full house ” Krukkkkkk~ perut dah berbunyi T_T

1

Ini pintu belakang masjid, hanya perlu menapak ke atas untuk ke bahagian masjid.

*Panduan untuk ke Eid boleh di dapati di 이드 /Eid , Itaewon, Seoul ,Makanan Halal Korea.

2

3
Selepas solat, keadaan macam agak suram sedikit di dalam masjid. Rupanya ada berlaku kematian dan solat jenazah di lakukan sebelum jenazah di bawa pergi. Aku dengan Zaidi menunggu untuk beberapa ketika sebelum bergerak menuju ke Eid semula.

0a

1

“Dari Dia kita datang, Kepada Dia kita kembali”

Sedang berjalan menuju ke Eid, kami ternampak ada sekumpulan orang melayu sedang menuju ke arah yang sama, tapi mereka seperti masih tengah membuat keputusan nak makan dekat mana, maklumlah dekat area belakang masjid ini terdapat banyak restoran makanan Halal. Aku apa lagi, bagi tahu Zaidi supaya bergerak cepat sedikit, nanti penuh lagi Eid tu hahaha.

0

Nampak tak berapa jauh aku tinggal zaidi di belakang? hahaha thanks Zaidi for the shot.

Sampai di Eid, Alhamdulillah ada tempat kosong, kami di sambung mesra oleh Mr. Yusuf. Walaupun kedai Eid ni agak kecil, tapi pelanggan tak putus-putus mengunjunginya, memang murah betul rezeki Mr.Yusuf ni. Tadi kan aku ada cakap sekumpulan orang Melayu yang berjalan menuju ke arah Eid, memang betul, mereka pun memang nak makan disini, nasib baik kaki ini melangkah dengan pantas.

0
Untuk hari ini aku memesan beef bulgogi manakala Zaidi memesan grilled fish. Rasanya? Memang terbaik dan tip top. Zaidi cadangkan kami makan dekat sini hari-hari amboi sangatkan? dengan harganya yang boleh tahan itu. Kalau nak di bandingkan dengan Muree aku memang prefer Eid sebab harga yang lebih murah.

0a

1

2

3

4

Tak menang tangan Mr. Yusuf dengan pelanggan yang datang. Satu benda yang aku rasa kagum, ada sekumpulan gadis melayu, berjubah, tapi fasih berbahasa Korea. Pergh memang cair, cair bukan dengan orangnya cair dengan tutur katanya. Kalau pejam mata memang ingat mereka Korean. Dari perbualan, (dia orang cakap kuat okey, bukan pasang telinga nak tahu hal orang HAHAHA kedai kecil lagipun) ada seorang tu yang bekerja di sini, dan yang lain-lain tu kawan mereka yang datang melawat. Kudos kepada gadis-gadis itu yang tak henti – henti berborak dengan Saad. Ehem

Sebelum kami meninggalkan Eid, Mr. Yusuf siap hantar kami keluar kedai selepas di jamukan dengan teh. Dia minta maaf banyak-banyak sebab tak dapat nak layan berborak, (sebab tu Eid ini di gemari, datang kedai rasa macam datang rumah orang pula). Kami pun cakap yang makanan dia memang terbaik dan akan kembali semula esok,insyaAllah, selepas menangkap gambar kenangan kami bergerak menuju ke Hongdae ( stesen Hongik University) EXIT 9.

Sampai sahaja di kawasan Hongik University, tempat pertama yang kami tuju ialah Hello Kitty Cafe! Jangan kepada peminat Hello Kitty Cafe boleh datang ke area Hongik University ini. Sebab aku pernah pergi ke kawasan ini dulu jadi tak ada masalah nak mencari Hello Kitty Cafe ini. Yang menjadi masalahnya, bangunan ada Hello Kittynya tak ada. Ah sudah, mana pulak hilang cafe ni, nasib  baiklah kawasan Hongik ini di penuhi dengan Wifi percuma. Jadi aku sempat berhenti di hadapan sebuah kedai dan mulakan aktiviti mencari signal Wifi.

Rupa -rupanya Hello Kitty Cafe dah berpindah tempat. Masih di dalam kawasan yang sama cuma dia dah pindah ke bangunan lain. Jadi boleh ikut map di bawah untuk ke hello kitty cafe yang baru.

upload20150331_100411_0895336

Boleh guna salah satu Exit bergantung kepada stesen mana yang anda datang. Aku guna Exit 9. *Map sumber dari website Hello Kitty Cafe

Kepada yang pernah datang ke kafe Hello Kitty yang dulu, anda hanya perlu jalan terus ke hadapan (jangan masuk lorong Hello Kitty yang lama) sehingga anda anda nampak kedai Snow Spoon frozen yogurt dan pusing kiri. Berbanding dengan kafe lama, kafe yang baru ini lebih besar dan siap ada tempat minum di luar. Dengan sini konsepnya, dapat meja baru boleh order, jadi kalau anda kebetulan seorang diri dan time tengah sibuk (dan selalunya memang sibuk) kebarangkalian untuk  anda minum di sini adalah tipis.

2

8

8a

9

10

11

12

13

14

3

15

Selepas order, anda anda akan di beri buzzer ini, jadi bila ia berbunyi anda boleh mengambil pesanan dari kaunter. Selepas makan sila hantar kembali tray dan sisa makanan anda. Terbaik bukan sistem dia.

16

Nak tahu dengan harga ini boleh dapat apa?

17

TADA!!! Boleh dapat benda alah ini sahaja, sedih bukan? hahaha

18

 

19

Selepas tamat sesi minum petang , kami berdua berpusing-pusing sekitar Hongdae. Jom layan gambar-gamabr di bawah.

0

0a

1

2

3

4

5

5a

6

7

0

0a

1

Habis berpusing-pusing sehingga kaki pun dah lenguh, kami menuju ke destinasi akhir kami untuk hari ini iaitu Ehwa Women University. Universiti ini memang sangat terkenal di kalangan pelajar Malaysia kita dan seperti anda tahu dari namanya, memang ini universiti untuk gadis sahaja, pria tak boleh masuk. Dah lama aku nak melawat Ehwa tapi tak ada kesempatan jadi kali ini bolehlah pusing -pusing.

0

0a

1

6

5a

5

4

3

7

8

9

10

11

Apa yang aku boleh katakan pasal universiti ini memang terbaiklah sebab ini adalah universiti pertama yang tak ada pagar. Kira kalau nak masuk, masuk sahaja. Kiranya anda boleh berpusing-pusing di dalam kawasan universiti ini selagi tempat itu tidak memerlukan pass untuk masuk. Kalau di tempat kita mesti dah ada sesi temu bual dengan pak guard. Sedang asyik bergambar, tiba-tiba hujan turun renyai-renyai sampailah lebat tak ingat. Waktu itu kami berada di dalam bangunan jadi tercari-cari juga port nak menunggu hujan redha, nak di jadikan cerita ada pula Starbucks dekat dalam universiti ini, apa lagi caramel macchiato dahulu sebelum hujan reda.

0

Dari Ehwa aku dan Zaidi singggah di Jamsil sebentar untuk membeli sedikit lagi barang di Hard Rock Cafe sebelum kami pulang ke guesthouse. Malam ini hanya makan makanan yang di bawa dari Malaysia.

About the author

Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won't be as cool as it is now.

17 Comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: