in

Sakura Trip , Seoul

Assalamualaikum, bagaimana anda semuanya? Harap masih lagi menjalankan ibadah puasa dengan jayanya. Jadi apa kata sambil menunggu waktu untuk berbuka, kita layan entri kali ini. Kena update sebelum semua ingatan dan memori tentang trip ini terhapus dari hard disk gua yang 16MB kapasitinya. Entri pertama ini lebih kurang macam pre entri, kalau malas nak baca boleh skip entri kali ini hahaha.

Perancangan awalnya, aku, Zaidi, Syam dan Adam nak pulang ke kampung halamanku (Di baca sini, Korea Selatan) diantara bulan 1-2 2015, tapi memandangkan kekangan kerja , trip terpaksa di tangguhkan selepas semuanya free. Dengan kehadiran si Amanda, cahaya mata sulung Din dan Rus, jadi kedua- dua sahabat kami ini bercadang untuk membawa puteri mereka ke sana juga. Jadi tarikh yang sepatutnya kami bercadang untuk ke sana adalah Autumn which is around October.

1
Pelbagai perancangan timbul dari seawal bulan November sehingga Februari. Pada pertengahan bulan Mac, syarikat penerbangan Air Asia ada membuat promosi, jadi setelah membuat keputusan demi keputusan, maka aku dan Zaidi decide untuk ke sana terlebih dahulu. Keputusan di buat pun selepas trip aku ke Osaka untuk menyaksikan sakura terbantut akibat ketiadaan tempat tinggal di Osaka. Like seriously, kalau nak pergi waktu Sakura di jepun, memang kena book tempat tinggal seawal yang mungkin, dari hotel tiada bintang hingga hotel berbintang- bintang, tiada kekosongan sewaktu peak time Sakura.

Balik ke kampung halaman tidak menjadi masalah kepada aku, tempat nak pergi pun dah tahu, jadi nak packing memang tidak mengambil masa yang lama. Aku pun tak beli banyak makanan untuk di bawa ke sana  memandangkan memang trip kali ini nak food hunting kan? Memandangkan Zaidi menyerahkan program untuk itinerary kepada aku lebih mudah kerjanya. Awal- awal dah tukar duit, (sewaktu tukar, 1000 Won dah 3.4, sangat sadis, nasib baik aku masih ada baki Won dari trip yang terdahulu which is 2.9 ketika itu). What to do, nak tak nak kena beli juga kan?

a
Setiap trip mesti ada temanya, jadi tema kali ini adalah food/sakura hunting. Kira tak dapat menyaksikan Sakura di Osaka, dapat jumpa dekat kampong pun kira rezeki bukan? Berapa ramai orang yang kampungnya ada Sakura angkat tangan, meletop angkat tangan~ Sakura Trip , Seoul here we come!

Flight kami berlepas dari KLIA2 pada 16hb April 2015, 800 pagi. Perancangan kami dari Kuantan bertolak menaiki kereta Zaidi, singgah di Cyberjaya jumpa adik aku, makan malam bersama Mui, reach Putrajaya Sentral sebelum tengah malam, dan terus ke KLIA2 dan melepak minum kopi sampai ke pagi menunggu flight. Perancangan , itu yang di namakan perancangan, sebab semua benda yang aku tulis tadi , satu pun tak tercapai, well, Cuma part last sampai ke KLIA2 dan minum kopi sahaja yang tercapai. Perancangan Allah itu lebih baik kan?

Kenapa perancangan ini tidak terjadi? Mari kita kongsi cerita sedikit. Ini bukan cerita fantasi, ini betul- betul terjadi. Setelah memuatkan semua barang – barang ke dalam kereta Zaidi, kami bertolak dengan hati yang riang. Sampai di tol gambang, kita orang masuk ke laluan Touch n Go, tapi tak lepas, card invalid. Aku dengan penuh kepelikan dengan situasi ini memandangkan baki dalam kad ada sekitar RM56.70. Nak tak nak kena undur dan masuk ke lorong tunai, Tanya gadis jurutol, katanya kad aku kena black list, aik?? Black list kenapa pulanya? Katanya nak tahhu lebih lanjut boleh ke pejabat Touch n Go, which close at 5 pm, so memang tak ada luck, bayar pakai tunai.

Perjalanan di teruskan lagi dengan lancar dan secara tiba- tiba enjin kereta Zaidi mati tiba-tiba. Jadi kami tersadai sebelum sampai Exit Sri Jaya. Kepelikan lagi sekali sebab Zaidi baru lepas servis kereta. Jadi kami pun panggil peronda lebuhraya untuk membantu, check punya check, minyak hitam tak ada. Bila kata minyak hitam tak ada, maksudnya memang tidak ada. Mula lah fikir, takkkan si tukang servis enjin kereta, keluarkan minyak hitam lepas tu lupa isi yang baru. Masak. Bila dah double confirm yang tak ada leakage time Zaidi park di rumah aku, jadi memang itu sahajalah hipotesis yang di buat. Tak tahulah kalau memang terlupa atau nak sabotaj kea pa, time tu aku tengok Zaidi diam sahaja, tapi terasa bahang keluar dari badannya ibarat aura Son Goku. (rujuk komik Dragon Ball kalau tak tahu apa benda aura). Trak tarik kereta pun sampai dan menarik kereta kami ke Sri Jaya. Katanya kami bernasib baik, (kami menunggu dekat sejam lebih juga) kerana dia baru hantar kereta ke Kuantan dan hendak ke Maran untuk mengambil kereta rosak. Kalau tak memang kami kena tunggu lebih lama, since kalau dia terlepas ke Maran, kami kena tunggu dia patah balik ke Kuantan dan dating ke Sri Jaya sekali lagi.

Tengah berfikir-fikir bagaimana hendak ke Kuala Lumpur, jam sekitar 8.45 malam. Plannya, kami tinggal kereta di Sri Jaya, dan patah balik ke Kuantan untuk mengejar bas terakhir ke Kuala Lumpur. Minta seorang kenalan mengambil di Pekeliling dan shoot off ke KLIA2. I’m lucky I have two guardian angels yang muncul seketika kemudian, dan tepat pukul 1.45 pagi kami tiba di KLIA2. Please punch me in the face if I ever hurt these two angels. InsyaAllah, saya takkan buat macam tu.

Sampai sahaja di KLIA2, tujuan utama adalah untuk survey tempat menunggu yang berada di tingkat atas balai berlepas antarabangsa. Setelah di kenal pasti, kami pun mencari kedai untuk mengisi perut yang lapar, terakhir sekali kami makan tengahari (or not, aku tak ingat). Papa Rich menjadi pilihan kami. Memandangkan aku tak nak sakit perut di atas flight jadi aku memilih Ipoh Koay Teow Soup instead of my usual Mee Hoon Curry. Memang aku agak menyesal order, sebab memang tak menyelerakan terus rasanya. Zaidi nampak macam sangat menikmati Nasi Lemaknya, nak tak nak, aku habiskan juga. Dan kepada yang plan nak makan di airport, please reconsider doing this, makanannya mahal nak arwah. Kalau sedap dan mahal tak mengapa, tapi ini supnya terlalu celor (tak pekat, rasa macam air suam je). So please avoid it please.

2

3

Sambil makan, aku baru discover 2 benda. Yang pertama, public wifi di KLIA2 ini percuma. Yang kedua, its super-fast, like really really fast. Tak tahu sebab pagi-pagi buta ini taka da orang yang menggunakan perkhidmatan tersebut, tapi aku tengok ramai sahaja yang bergelimpangan merata-rata sedang menggunakan gadget masing- masing. Ada seorang abang ini sampai cabut palam kerusi urut nak cas telefon dia and another one relaks je duduk tepi lif sebab dekat situ ada power outlet. Maybe KLIA2 boleh menyediakan tempat yang khas berkerusi yang mempunyai palam contoh seperti di Incheon, memang terbaik.

Kami beredar menuju ke kedai kopi bintang nak lepak minum sambil menunggu subuh tiba. Sempat berborak dengan plan kami yang seterusnya apa perlu nak buat setibanya kami di Incheon. Tepat jam 6 pagi kami beredar menuju ke kaunter check in, tak perlu beratur lama sebab banyak kaunter yang di buka. 30 minit kemudian, bagasi selamat masuk ke perut kapal terbang.

4

5
Mui tiba tidak berapa lama selepas itu nak menghantar adiknya pulang ke Sarawak. Terima kasih Mui bagi pinjam GoPro merasalah juga nak memakai untuk berselfie di Seoul, nak beli sendiri mana mampu. Mungkin ini yang di kategorikan dengan flashpacker, kamera, gopro, kamera telefon, DLSR, lebih banyak gadget daripada orang yang nak menggunakannya. Sebelum masuk ke balai berlepas, kami menunaikan solat Subuh dahulu, surau da di tingkat atas balai berlepas antarabangsa.

DCIM100GOPROGOPR0826.

7.00 pagi kami dah masuk ke dalam. Untung Zaidi pegawai yang check barang puji jaketnya cantik hahaha. And then we are off to Seoul.
6 jam 20 minit cepatlah berjalan. Oh, dalam kapal terbang tak ramai sangat penumpang, jadi ada this one pak Aji ni dia duduk sebris dengan kami, tapi kemudiannya berpindah seat untuk duduk bersama isterinya, jadi 2 orang , 3 seat, sangat selesa uolls.

6

7

8

6 jam 20 minit kemudiannya*
Alhamdulillah, selamat tiba di Incheon International Airport. Keluar sahaja dari perut kapal terbang, kami di sambut with familiar language and familiar faces. Selamat tiba di kampung hey~ , destinasi pertama , tandas. Dan seperti yang anda semua sedia maklum, kebanyakan tandas di sini tidak mempunyai paip air jadi sediakan botol air siap-siap.

9

10

11
Pertama sekali yang perlu buat selepas melangkah keluar dari balai ketibaan adalah menuju ke 7E untuk membeli T Money untuk Zaidi, aku cuma perlu Top Up nilai kad sahaja.

*Rupa T Money

T Money: 2500 Won ( kad sahaja)
Top Up: 20000 Won each

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won’t be as cool as it is now.

25 Comments

Leave a Reply
  1. wah, dah syok syok dah baca, tiba-tiba habis dah entri. bila nak sambung lagi ni? teringin nak travel backpack, member dah ada, tunggu masa je nak pergi ke tempat yang kami dah plan.

    • Hahaha, actually ingat dah panjang, tak apa, nanti sambungan akan menyusul dengan ASAP. Dekat sini baru 12.43am, Bibie post 1:12am, adakah Bibie post from the future hahahaha :shock: :shock: :shock: :shock:

  2. ahaaaa….Sakura Trip dah publish…ehh..ini trip balik kg yg ke berapa eh…rasanya mcm tiap2 tahun kan

    T Money to harga kad 2500won je..pesal last trip on april belikan utk kawan di 7e tu dia charga 3,000 won iskk

    • ha ah tiap tiap ada balik, first pergi oct 2013, second nov 2013, third march 2014, fourth april 2015 kampung kena lawat sekali sekala 8-) . Eh, haritu saya beli still 2500 sebab saya ingat change yang dia bagi balik.

    • Eh..saya pun beli dengan harga 3000 won kat mesin T-money tu on last April. Macam mana boleh dapat 2500 won ni?tak aci…
      *sorry mencelah.hehehe

  3. Wah dah keluar cerita korea…dan2 wake up call kan utk aku update cepat cerita korea gak….hehehe arghhh rinduuuu korea!

    p/s-jacket zaidi tu memang cun!

    • Kena keluarkan cepat sebelum mereput dekat dalam sanubari hehehe. Banyak tempat dah pergi Korea tetap di hati, tapi MERS sedang melanda hmmm.

      p/s- amboi jaket zaidi je ker? :-|

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Masjid Istiqlal Jakarta, Batavia (Kota Tua), Magnum Cafe Jakarta

Sakura Trip Seoul 2015 – Yang Good Korean BBQ Lamb, Hard Rock Cafe Seoul, Lotte Mall dan Dongdaemun Design Plaza.