Trip ke Langkawi Yuyu’s wedding 2013

Hello semuanya ada baik ke? Mari kita skip kejap entri pasal Seoul dan kita bercakap tentang Langkawi.

“main skip – skip bila nak habisnya?” “yelah, yelah, skip kejap je pun, dah diam”

13-15 haribulan Disember 2013, aku telah fly ke Langkawi buat pertama kalinya. Bukan nak jumpa Eagle dekat Eagle Square tu tapi nak menghadiri perkahwinan Cik Yuyu, eh bukan Puan Yuyu Zulaikha dan suami, OneJet. Rasa macam kejap je baru kenal si Dongsaeng aku ni, lepak minum Starbuck dulu tu (berapa tahun dah tu agaknya hahaha). Si yuyu ni famous blogger masa aku mula-mula kenal dia dulu, jadi aku dah ready nak jumpa dengan seorang ‘diva sombong’ tapi tak jangkaan meleset, tak sombong langsung gitu. *Stop walking down the memory lane and get on with the story will ya?  :-((

Okay -okay sambung cerita , aku yang baru sahaja balik dari Shanghai terus fly ke Langkawi . Aku rasa dengan rate macam ni, mungkin patut beli satu jet persendirian, berapa eh harga satu jet sekarang? tapi minyak mahal kan la ni? maybe tunggu minyak turun baru boleh consider nak beli satu biji.

Mula- mula tu plan nak menginap di Westin, tapi aku tengok dalam peta, macam jauh je dari rumah Yuyu. Sebab tak pernah datang ke Langkawi, jadi tak tahu jauh tu berapa jauh, (korang faham kan apa aku tulis kan kan kan?) jadi terus tukar ke Hotel 4 point by Sheraton, dekat dengan airport dengan rumah yuyu pun dekat.

First time datang Langkawi, sempatlah aku beli sedikit coklat. Asyik aku dengar orang kata Langkawi ni syurga coklat. Jadi sebelum dan selepas wedding Yuyu tu, sempatlah aku berjalan ke Jetty Point, Pekan Kuah, Eagle Square, Halaman Padi, Pantai Cenang, Makam Mahsuri.

Ada orang duk tanya aku beli mana semua coklat tu, aku beli dekat Langkawi Parade since itu tempat pertama aku jejak sewaktu sampai ke Langkawi, tempat lain aku tengok lagi mahal, tak tahulah,mungkin  ada tempat yang lagi murah kot.

Layan gambar jelah dulu.

1

2

3

4

5

6

7

8

9 10

11

Langkawi ini macam agak panas bagi aku, tapi tak tahulah sebab mungkin aku memang nak demam atau sebab aku baru balik dari tempat sejuk. Tapi aku rasa Kuantan tak sepanas Langkawi, rasanyalah. Ada satu tempat aku lalu tu dia ada sediakan perkhidmatan helikopter untuk round Langkawi. Mula-mula macam nak rasa nak try, tapi on the way balik tu aku terlupa pula. by the way, Yuyu datang ke majlis dia datang naik helikopter okey, kelas boss.

It was a short trip, hardly taken any pictures since I’m not feeling well. Maybe kerana keletihan yang amat sangat melanda diri ini. Tiba masanya untuk merehatkan diri sebentar. *balik dari Langkawi terus demam , takpe penghapus dosa kecil orang tua cakap kan?

Apa – apa pun tahniah kepada Yuyu dan OneJet sekali lagi , semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat. :rotfl:

Terima kasih kepada Taufiq yang rajin menemani aku ke Langkawi dan tolong tangkap gambar aku dekat sawah. Kalau nak tahu , aku antara salah seorang dari golongan yang excited tengok sawah padi hahaha! Ok sampai sini je nak cerita, kalau nak tengok gambar-gambar majlis boleh pergi blog Iena dan Ida. Sampai sini sahajalah kot. Babai~

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

9 Responses

  1. Last saya ke Langkawi…1994! Hahaha Eagle masa tu baru nak siap. Datarang Lang tu still under construction. Dah lama teringin nak jejak Langkawi lagi sekali tapi asyiklah jumpa tix super mahal. Sob.

    1. Hahaha, saya tak plan pun nak ke langkawi, pergi pun sebab yuyu kahwin. Its a nice place actually if you can stand the heat. Not to mention the price for those chocolates, murah sungguh.

      1. balas kunjungan…
        dh tgk gmbr yuyu kwin, comel.. mcm ayu raudhah pn ada.. hahaa.. sna mmg terkenal dgn coklat nya yg murah tu.. klu prgi, msti borong bnyak cklat ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »