in

Apa yang saya dapat bawa balik dari Seoul, South Korea

Hello semuanya, lama dah tak tulis entri di sebabkan baru pulang dari ehem Seoul lagi, ( *apasal pergi lagi? saja sebab aku suka Seoul) nanti next entri akan ku ceritakan tentang pengalaman kali kedua aku ke Seoul,  kali ini lebih kerana aku track hampir setiap perbelanjaan. Okey , tutup cerita itu, kita buka cerita ini. Jadi apa yang sempat aku bawa balik kali ini?

206

Aku masuk dekat dalam family mart banyak jumpa tin starbucks ni, aku tak berapa nak pasti sama ada flavor ni ada jual dekat malaysia atau tak sebab aku tak pernah beli starbucks dalam tin macam ni. Plan asalnya aku nak minum , tapi tak sempat minum, jadi aku bawa balik je lah. Harga kalau tak silap aku macam 2000-3000 Won.

207

Ini pula botol air coke yang ibu saudara aku pesan. Ceritanya dia dah pergi 1 minggu sebelum aku, jadi dia minat betul dengan botol coke ni. Botol ni boleh dapat di watson dekat sana. Masalahnya Watson dekat sana, sangatlah rare. Mula-mula aku terjumpa ada satu convenience store yang warna macam watson, nama dia GS 25 Mart, warna sebiji kot. Kalau anda pengumpul botol coke , bolehlah dapatkannya dengan harga 2000 Won sebotol.

208

Kalau pergi travel, aku selalu beli mug starbucks ni, dan ini agak unik sebab ada tulisan korea dekat atas dia jadi bolehlah simpan untuk kenang-kenangan. harga 15000 Won. (Atau 10000-15000 won macam tu, aku tak berapa nak ingat)

209

Album Teen Top ni bukan aku punya, ini kiriman dari kawan aku si Eeah. Masa aku beli baru aku tahu ada kumpulan nama Teen Top ni. Aku kalau runningman tu tahu lah hehehehe. Kepada yang peminat k PoP memang aku sarankan pergi beli album dekat sana sebab anda akan dapat banyak free gift, macam poster, keychain, fridge magnet and etc. Tapi maybe sebab aku lelaki, jadi dia bagi poster je, bias~~ Harga album ni 13000 won.

210

Macam biasa tak lengkaplah kalau tak ada baju I love Korea kalau pergi Korea kan? sempatlah aku beli beberapa helai untuk kawan-kawan yang terdekat. Paling murah boleh dapat 10000 won 3 helai, kalau ada sesiapa tahu kat mana boleh tawar untuk dapatkan lebih murah,nanti roger rabbit aku.

211

Benda rupa macam angry bird, bukan macam tapi memang angry bird ini sebenarnya device untuk T – Money. Ingatkan dalam entri pertama aku, ada kad T money? itu yang basic, yang ini yang kira macam versi comel. Aku saja beli nak simpan kat rumah, mana tahu nanti pergi lagi boleh pakai. Harga 6000 Won dan boleh di dapati di kedai seperti 7 Eleven dan Family Mart.

212

Fridge Magnet dari Namsan Tower ini aku beli dengan harga 1000 Won untuk 3. Dalam banyak-banyak benda aku beli, ini yang aku rasa paling murah.

213

Ini pula Fridge Magnet dari Nami Island. harga dia kalau tak silap aku dalam 8000 -10000 won. Mahal, tapi aku beli sebab atleast teringatlah juga aku pernah pergi dekat Nami Island yang famous dengan Winter Sonata tu.

214

Benda ni aku beli masa dekat Namsan Tower . dia Fridge Magnet boleh jadi, pembuka botol pun boleh jadi. Kalau korang kreatif , pembuka hidung pun boleh. Harga aku beli range 6000-10000 Won. Aku tak berapa nak ingat tapi tempat-tempat tumpuan pelancong ni, memang barang dia agak mahal.

215

Haaa! Ni pula honey candy yang aku beli dekat Namdaemun market dari brother yang pandai cakap melayu dengan jepun tu. Rasa dia sedap. Sekotak 5000 Won. Dalam ada 10 biji. Kalau yang perasa green tea dengan coklat harga dia 7000 Won. Kalau pergi Seoul jangan lupa beli kalau tak menyesal tak terkata. Memang sedap komain laaa.

216

Ini pula brooch yang aku bawa balik untuk Mak, Mak Tok dan Aunty- Aunty aku. Harga dekat sini lebih murah dari Malaysia berganda -ganda. Jadi pastikan korang beli. Range harga boleh pergi dari 1000 won hingga 18000 won bergantung kepada size. Kalau nak beli brooch dengan harga yang murah boleh rujuk entri aku yang lepas.

217

Fridge Magnet dan keychain menjadi satu kemestian. Harga pun ada pelbagai, aku beli buat cenderamata untuk kawan-kawan rapat. Nak bagi semua , memang tak dapatlah, jadi yang sempat jumpa, aku beri je. harga dari 5000 – 8000 won. Kalau nak murah boleh pergi ke bangunan E lengdang di Namdaemun.

218

Ini pula pembuka surat , dan boleh di jadikan pengikat sanggul ( pepandai je aku bagi nama, tapi benda tu lah) , ada lagi dua tiga kegunaan yang aku malas nak type dekat sini. Harga dia hanya 1000 Won. Boleh lah di jadikan pembuka surat saman, penyata gaji, dan bil astro anda.

219

Aku saja beli chopstick ni sebab design dia yang menarik hati. Harga tak silap macam 5000 Won. Boleh lah di jadikan cenderahati untuk mereka yang reti pakai chopstick kalau bagi mereka yang tak reti pakai, takut di tuduh memerli pula. Hahaha.

Ok. Sampai sini je. KBAI

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won’t be as cool as it is now.

8 Comments

Leave a Reply
  1. Salam.. and annyeong! Hehe.. best bca blog saudara.. anyway, sy ada bca post psl awk topup tmoney sbnyk rm60 utk 5 hr.. err nk tnya, ckup ke? Adakah trmsuk ngan kos pngangkutan ke nami island? (Entrance fee excluded).. insya’ Allah I’ll go there soon.. mohon doa dprmudahkn ye . ?

    • Bergantung kepada kekerapan anda turun naik stesen. Kalau spesifik, memang cukup. Kalau nak ke Nami boleh juga guna train biasa ke sana, tapi mengambil masa yang lama sebab banyak stesen dia akan stop stop. Tapi kalau pakai ITX lebih cepat, macam ERL kita. So jimat duit, tapi masa terbuang, bayar lebih , masa jimat sikit. Harga tiket ke nami 4500 won, sehala.

  2. Asklm, mcm best je g Korea ne, cuma nak tanya masa awak pegi dah betul betul autumn ke? Saya pun plan nk g dalam 20hb oktbr 2014, takut tak masuk autumn lg

    • honey candy tu di perbuat daripada candy dengan tepung. Menurut dari pembacaan saya dari blog, dan student yang dekat sana, Honey candy ni halal dimakan. Kalau sedara cari logo halal memang tak ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trip ke Seoul, South Korea – Oktober 2013 part 6 (Namdaemun Market , Deoksugung Palace , King Sejong Memorial Hall)

Murree Muslim Food Restaurant, Itaewon, Seoul (Halal)