Makan Travel

EID – 이드, Itaewon, Seoul makanan halal Korea

Written by Radin Fadli

Assalamualaikum Semua!
Annyeonghaseyo!

안녕하세요 !

                            이드 /Eid
      Operating Hours: Selasa - Ahad | 11.30 pagi - 9.00 malam

Kali ini aku nak kongsi tentang sebuah tempat makanan Halal yang terbaru di area Itaewon iaitu Eid. Aku berpeluang untuk mengunjungi Eid minggu lepas sewaktu aku sedang membuat Sakura Hunting di Seoul. Eid ini  dimiliki oleh Encik Yusof dan anaknya , Saad. Gadis-gadis tolong jangan nak mengorat ye, Saad ini sudah berpunya hahaha! Kalau nak di ikutkan, kedai ini tak susah pun nak di cari sebab berada di belakang masjid Itaewon sahaja. Kalau sesiapa yang tahu jalan belakang masjid Itaewon, anda hanya perlu berjalan terus,  Eid akan berada di sebelah kiri anda.

1

11010577_759747144109651_5927574585609730129_n

Kalau sesiapa yang menghadapi kesukaran , boleh rujuk panduan bergambar dekat sini. Selepas anda melewati kedai Muree Muslim Food Restaurant,  jalan depan sikit sahaja, tak adalah sedikit, menapak dalam 150 meter dan anda akan nampak Eid.

Jadi apa makanan yang ada dekat Eid ini? At the moment, Eid ada menyajikan 4 jenis makanan (aku dan Zaidi hanya berpeluang mencuba 3 daripada 4 makanan tersebut).

1) Beef Bulgogi

2) Bibimbap

3)Grilled Fish

4) Samgyetang (ginseng Chicken Soup)

*Aku ada ternampak pelanggan lain makan dishes yang berbeza daripada menu. Untuk dishes tersebut, anda semua kena pre order terlebih dahulu.

2

Beef Bulgogi

Ini salah satu makanan korea kesukaan aku, mungkin disebabkan aku 70% karnivor hehehe. Sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan daging.

3

Grilled Fish

Grilled Fish di Eid ini memang terbaik. Tak dapat nak di gambarkan kelembutan ikan tu bila masuk ke dalam mulut kau dan bertemu dengan gigi. Dia punya juicy mak aih, kena cuba sendiri baru tahu.

4

Bibimbap

Ini pula adalah favorite sahabat aku si Zaidi. Sayur , daging dan nasi. All in one. Dia punya rasa memang terbaik.

Setiap hidangan yang kita makan akan di sertakan dengan Banchan yang kita boleh refill secara percuma. Di Eid, anda akan di sajikan dengan ..

5

Kimchi, Anchovies dan sayur

Sementara tengah relaks-relaks bermain internet, (yes di sini ada wifi free, dan aku pun baru tahu sewaktu kunjungan kali kedua aku ke Eid) anda akan di sajikan dengan homemade tea by Eid. Rasanya boleh tahan.

6

Uimeja, the 5 flavoured tea

7

With Mr , Yusoff

8

With Brother Saad

Encik Yusof dan Saad sangat peramah. Jadi bila anda semua makan di sini terasa macam makan bersama keluarga instead of kedai makan. Kepada yang inginkan info yang lebih lanjut tentang Eid, boleh melawat halaman facebook mereka di sini.

Kepada yang ingin mengunjungi Eid, aku sarankan supaya booking tempat terlebih dahulu kerana kawasan kedai yang agak kecil dan selalu penuh. Bila penuh mestilah sedapkan?

Budget untuk makan di Eid lebih kurang 8000 – 12000 Won, lebih kurang RM28- RM42 per dish.

Eid beroperasi dari hari Selasa sehingga Ahad dari 11.30 pagi hingga 9 malam. Hari Isnin tutup. Jadi jangan pergi hari isnin , takut kecewa.

Apa-apa pun, aku sangat rekomen anda semua untuk ke Eid untuk merasa sendiri home made Korean Food. 5 Star

P.S 축하해요 to brother Saad being feature in Korean Herald. Hope to see you again this autumn. InsyaAllah.

P.S I want to try those special menu next time.

 

About the author

Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won't be as cool as it is now.

20 Comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: