• in , ,

    Kedai Grilled Fish, Dongdaemun

    Assalamualaikum semua pembaca yang di kasihi. Macam dah berzaman tak update blog dah berhabuk dan berkarat. Tidak mengapa, yang berhabuk kita bersihkan dan yang berkarat kita WD40 kan ia.

    Kali ini aku nak kongsikan kedai ikan panggang dekat kawasan Dongdaemun. Walaupun aku dah banyak kali balik kampong tapi ini adalah pertama kali aku menjejakkan kaki ke kedai ini. Selalu membaca traveler banyak pergi jadi dah decide trip kali ini akan menyinggah untuk menjamu selera.

    Jangan terkejut sebab kami decide untuk pergi kedai ini di awal pagi ye. Dalam pukul 8:30 pagi, dah berjanji nak berjumpa di stesen Dongdaemun Exit 8. Memandangkan guesthouse yang aku tinggal berdekatan, walking distance sahaja untuk ke sini rupanya. Walau bagaimana pun, aku terlewat sampai di tempat yang di janjikan lebih kurang 7 minit 35 saat. Bayang DJ tidak kelihatan di hadapan stesen Dongdaemun.

    Sedih.

    Tapi, memandangkan ini kan kampung aku, jadi tanpa khuatir dan risau, aku pun mengikut deria rasa aku menuju ke kedai. *Banyaklah kau punya deria rasa, padahal ingat balik apa yang pernah di baca dahulu but still I can manage to find it okey? Fliphair. Sebab rambut panjang jadi mampu fliphair ye adik –adik.

    Jadi kita bermula dari langkah pertama untuk ke kedai ikan panggang Dongdaemun. Pertama sekali, walau kau di Seoul ceruk mana pun, berhenti di stesen Dongdaemun dan keluar di Exit 8.

    Sesudah keluar dari stesen, ini pemandangan yang kau akan nampak. Pyoung Hwa Fashion Plaza. Aku boleh jamin Pyoung Hwa Fashion Plaza tu ada di situ, tapi aku tak jamin wanita itu akan berdiri di situ bila kau sampai.

    Apabila Pyoung Hwa Fashion Plaza berada di hadapan, pusing badan ke kanan anda. Ini akan menyebabkan Pyoung Hwa Fashion Plaza berada di sebelah kiri anda (obviously duhh tak payahlah detail sangat bro). Dan di sebelah kanan kau, JW MARRIOT Dongdaemun Square Seoul, oh jangan pula masuk dalam JW MARRIOT, kedai tu bukan dalam hotel mewah ini.


    Kau teruskan perjalanan terus ke hadapan. Di sebelah kanan anda selepas JW MARRIOT ialah Dongdaemun Shopping Complex. Akan kelihatan ramai orang sibuk membeli kain khususnya di sini.

    Jalan terus sampailah anda sampai di penghujung kompleks membeli – belah tadi. Nampak sahaja tiang dan jalan ini terus pusing ke kanan. Jangan pula pergi naik bas tu, nanti di bawa pergi tempat lain.


    Pusing sahaja kanan, anda akan nampak lorong ini. Jika anda dah sampai sini, gunakan deria bau anda yang telah dikurniakan itu untuk membau ikan panggang, selalunya memang kuat bau dia, well,maybe sebab aku tengah lapar masa ini.

    Anda jalan terus sampai ke kawasan ini , dan melencong kiri sedikit ke lorong kecil dekat signboard warna kuning tu yang berbunyi, ahh korang bukan kisah pun bunyi dia macam mana, tapi pergilah ke situ.


    Dekat sini ada banyak kedai ikan panggang, tapi kita pergi ke Ho nam Jib ( nampak ahjumma tu tengah panggang? Haa kedai ni) Brother yang depan tu siap nak tarik aku masuk kedai dia sambil bercakap “ikan panggang sini” kantoi pula aku melayu ingat Berjaya menyamar jadi pan-asia tadi. Aku pun tunjuk dekat Honam Jib seraya berkata ‘ chingu,’ angkuh betul, cakap jelah bahasa melayu, “bang , member saya kat situ, nak tumpang lalu”.


    Lalu je depan kedai terus nampak akak kawasan DJ. So makanlah kami berempat, aku , DJ, Su dan Mema. Siap bertambah lagi jadi memang sedaplah. Bayangkan dalam keadaan perut yang sedikit tak selesa tapi aku boleh makan bertambah lagi. Ikan panggang dia terbaik. Sotong pedas dia? Heaven weh.

    Mungkin ada yang rasa pelik, pagi – pagi makan ikan panggang dan sotong pedas. Nak tahu apa benda pelik yang aku nampak dekat sini, ada seorang pakcik ni makan sambil minum soju ye, power hahaha!

    Oh, berkenaan harga. Ikan panggang 7,000 won, sotong tu pun sama 7,000 won. Kira affordable juga kalau nak di bandingkan hidangan makanan yang lain.

    Akhir kata, annyeong!!

  • in

    Win

    Cara memanjangkan tempoh sah pra bayar Digi anda

    Entri kali ini nak berkongsi tentang cara memanjangkan tempoh sah prabayar Digi anda. Untuk cara panjangkan tempoh sah prepaid Celcom anda boleh rujuk di link ini.

    Mungkin ada di antara kita yang dah tahu atau tak tahu atau tak pernah ambil tahu tentang kemudahan service ini. Untuk mereka yang selalu tamat tempoh sah tapi kredit masih ada 12 ribu ringgit ( I know, I know kebanyakan daripada anda mesti kehabisan kredit terlebih dahulu kan?) cara ini boleh di gunakan supaya anda tidak perlu bersusah payah menambah nilai semata- mata untuk menambah tempoh sah.

    Perlu diingatkan sekali lagi, perkhidmatan ini hanya untuk telefon bimbit jadi kepada yang cuba untuk mengaplikasikan kepada telefon rumah atau telefon pejabat atau telefon awam, cara ini tak dapat di gunakan.

    Seperti tajuk di atas, langkah ini hanya untuk Digi sahaja dan bukan perkhidmatan telefon yang lain. Jadi pastikan anda merupakan pengguna Digi.

    Pertama sekali, apa yang anda perlu lakukan adalah menaip *128*1# dan call. Menu seperti gambar di bawah akan keluar dan tertera di kaca telefon anda.

    Seterusnya, pilih pilihan ke 7 Talktime Services dan menu seterusnya akan terpapar seperti gambar di bawah,

    Langkah seterusnya adalah memilih pilihan ke 3. Super Long Life. Dan menu terakhir akan keluar seperti gambar di bawah,

    Langkah terakhir adalah memilih yang mana satu tawaran yang bersesuaian dengan selera anda. Saya cadangkan anda menngambil pilihan ke 3 iaitu untuk 365 hari. Tak perlu pening kepala untuk satu tahun. Cas untuk setahun adalah Rm38.00 (tidak termasuk GST) sahaja. Pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi untuk menjalankan proses ini dan pastikan juga anda mempunyai baki kredit untuk aktiviti anda. Kalau tempoh sah panjang tapi kredit tiada tak boleh juga kan?

    Di harapkan langkah- langkah ini dapat membantu menyenangkan kehidupan seharian anda. Give it a try.

    Untuk pengetahuan anda, anda boleh skip ke semua langkah-langkah di ata dengan menggunakan shortcut yang membawa anda terus ke proses terakhir. Untuk skip ke proses akhir, anda boleh terus menaip *128*1*7*3#

     

  • in

    Love

    Mango Six Puchong at The CUBE Bandar Puteri Puchong

    Mango Six Puchong at The CUBE Bandar Puteri Puchong. Mango Six? Bunyi macam familiar kan? Kalau anda yang pernah menonton drama siri The Heirs, ia adalah cafe di mana Cha Eun Sang ( lakonan Park Shin Hye) bekerja sambilan. Watak utama, Kim Tan (Lee Min Ho) dan watak pembantu Choi Young Do (Kim Woo-bin) selalu datang menikmati minuman (sebenarnya nak usha Eun Sang) dekat sini. Mango Six Cafe ini selalu aku nampak sewaktu di Seoul, rupanya dah ada satu cawangan telah di buka di Bandar Puteri Puchong.

    Kali pertama aku datang ke sini bersama dengan Zul, my ex roommate, ex batchmate sewaktu di Universiti. Ada dekat 4 tahun tak jumpa hahaha! Selepas kita orang lunch di ioi City Mall, mula – mula ingat nak lepak di Dal.Kom, tapi aku teringat tentang cafe ini sebab Fadzz_ selalu check in dekat instagram. Jadi kita orang pun decide untuk mencuba. Apa salahnya mencuba sesuatu yang baru, jangan bini baru sudah ye kawan – kawan~

    Kawasan cafe ini agak unik bagi aku , mungkin sebab bentuk bangunannya di kawasan ini. Kawasan ini di gelar The Cube. Alamat Cafe ini adalah seperti tertera di bawah (dah macam iklan berbayar pula)

    Alamat:
    Mango Six Coffee & Dessert Cafe Malaysia
    The Cube, No 11 Jalan Puteri 7/13A,
    47100 Bandar Puteri Puchong,
    Puchong Selangor.

    Waktu Operasi:
    Isnin– Khamis (9:00am – 12:00am)
    Jumaat– Sabtu (9:00am – 1:00am)
    Ahad (9:00am – 12:00am)

    Selepas terkial-kial nak order di kaunter, ai maklumlah, kita bukannya selalu pergi ke cafe macam ni. Jadi terpinga-pingalah nak memilih sebab nama semua minuman begitu hipster. Tapi serius kalau anda seorang yang suka Mango, memang sinilah tempat yang perlu anda tuju. Walaupun nama dia mango six tapi adalah lebih dari 6 pilihan menu Mango di sini yang boleh anda cuba. (Well, ataupun anda seorang peminat K drama dan nak mencuba cafe minuman yang di nikmati oleh artis kesayangan anda pun boleh datang ke sini).

    Selepas membuat pesanan, kami di beri satu alat penggera. Tengok dalam gambar tu, dia ada keluar warna merah sambil vibrate (itu sebab gambar bergegar, bukan sebab aku tangkap gambar sambil jalan turun tangga dan camera tak fokus kepada objek… DASAR tak mengaku kan??). Apa kegunaan alat ini? alat ini untuk notify kan pelanggan yang makanan mereka order dah siap di sediakan. Jadi tak perlulah beratur menunggu di depan kaunter. Dibawah adalah beberapa menu yang kami order, aku punya Mango Waffle dan Mango Tango. Zul pula pesan Sm Berries dan Choc Muffin.

    SM Berries RM18.00

    Mango Tango RM18.50
    Bersama Abe Zul

    Duduklah kami berborak perkara – perkara ilmiah mengenai dunia, politik dan kerjaya. Tentang stock market , tentang weather, tentang ekonomi… yeah right~ Mestilah berborak tentang kenangan masa belajar, zaman uni dan everything, tapi bab kerjaya tu ada jugalah. Siap lepak kami balik semula ioi city mall, (aku tinggal kereta dekat situ, choiii ini pun nak tulis dalam blog ke? choiii) Eh, suka hati I lah…

    Second time aku menjejakkan kaki ke sini dengan 에리나. Since 에리나 nak siapkan slide presentation dan mencari tempat yang mempunyai capaian internet. Aku suggest dekat sini, memandangkan time aku pergi dengan Zul, internet dekat sini boleh tahan. Tak tahulah sebab apa hari kami pergi ni internet kurang memuaskan,에리나,  미안해 :-(

    Actually lokasi Mango Six ini memang sangat sesuai nak bersantai dan membuat kerja. Tak tahulah kalau kami memang bernasib baik atau tidak kerana sewaktu kami pergi 2nd Floor tak penuh dengan orang. Rasa macam ada 2 – 3 pelanggan waktu ini. Nasib tak baik , sebab internet ada masalah kelembapan  waktu itu. Nasib baiklah 에리나 dapat menyelesaikan kerja dia. Aku buat apa? mestilah tengok dia buat kerja, eh ~ Actually at that moment, aku tengah menyiapkan itinerary untuk trip balik kampung. Apa? Update blog tentang Seoul lagi? kau orang nak baca lagi ke tentang kampung aku tu kalau aku tulis lagi? Nantilah , aku cari mood dulu nak update. Bayangkan update itinerary nak ke Korea, di dalam Cafe asal dari Korea , depan gadis macam Korea hahaha!

    Fuh khusyuk betul dia buat kerja. My choice , White Chocolate harga tak ingat, mango juice , pun tak ingat harga. Mianne
    에리나 ada mirip Hae Soo kan? hahaha (imagine kalau dia pakai hanbok, confirm pass)

     

    Secara keseluruhannya, Mango Six ini amatlah sesuai untuk penggemar Mango dan peminat K Drama. Kepada yang mengalami masalah sembelit, for sure kandungan serat yang ada dalam Mango di sini akan membantu anda dalam proses pembuangan toksin dari dalam badan anda. (Ayat dah habis cover baik punya kan? ) Air dan makanan di sini bagi aku personally, so – so aja. harga dia,memang standard cafe and I’m sure back in Seoul it gonna cost a lot more. Okay sampai sini sahaja entri kali ini. Jangan lupa untuk mencuba Mango Six Cafe ini sendiri ye? Jal ja!

     

    MENGAKULAH KORANG PERGI GOOGLE HANGUL TU KAN CHOIIIIIIIII

  • in

    Restoran Bangi Dong BBQ cara Korea

    Annyeong! Apa khabar semua? Moga berada dalam kesihatan yang baik. Lama betul aku tak menulis entri akibat kesibukan yang melanda diri. Sementara sempat aku mencuri masa untuk menulis, jadi aku pun mengambil kesempatan untuk menulis penulisan ini. Jadi marilah layan entri Restoran Bangi Dong BBQ cara Korea .

    Kepada peminat drama Korea khususnya, mesti selalu melihat scene Korean makan BBQ. Alah,  kalau korang tengok cerita Runningman asyik sebut KOREAN PREMIUM BEEF lepas tu pemenang dapat makan daging , yang kalah makan kimbap tu. Tak tahu? Kalau tak tahu boleh dah mula tengok cerita korea.

    Dalam entri kali ini aku nak berkongsi tentang sebuah kedai makan yang baru aku ketemui. Restoran Bangi Dong. Sebenarnya kedai ini akak kawasan DJ yang jumpa, jadi korang kena berterima kasihlah kepada akak kawasan! hashtag sembah ratu bingung mama, Yeah, Mama.

    IMG_5570
    Restoran Bangi Dong BBQ cara Korea
                                    B-01-G, Jalan Medan Pusat Bandar 5,
                                      Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,
                                         Open 11 am – 11 pm

    Tak susah nak cari kedai ini , korang boleh me wazekan diri ke Restoran Bangi Dong. Dah waze? Letak sebagai favourite, sebab aku confirm, korang akan datang lebih daripada sekali. Restoran Bangi Dong ini menyediakan juadah berkonsepkan korean food, tapi favourite aku dekat sini sudah semestinya set BBQ dia. Teringat pula Yang Good di Seoul. *muka sedih muka sedih hujan

    Pertama kali aku menjejakkan kaki dekat sini sewaktu si Zaidi ada training di PJ. Tahniah Zaidi sebab dapat naik pangkat ye. Jadi aku yang gigih ni, terus gerak dari ofis, *jam menunjukkan pukul 7.30pm ketika itu, dari Seremban terus menuju ke Bangi. Lepas pickup Zaidi dari KTM, kita orang sedang berkira-kira sama ada nak ke Eid, atau mencuba menu di Bangi Dong. Kita orang decide, untuk cuba Bangi Dong untuk pertama kali.

    Sampai – sampai, kami di sapa mesra oleh Ruffy , pengurus Bangi Dong. Beliau yang menerangkan tentang menu – menu yang ada, dan kami buat keputusan untuk mencuba Combo 2 (RM80.00) yang merangkumi Beef Prime Rib, Ribeye,Fried Rice – Garlic , Spicy Bean Curd Soup. Untuk minuman aku order, aloe vera jus, maklumlah nak kurus.

    IMG_4712

    Sebelum makanan sampai, pekerja di Bangi Dong akan menyediakan tempat untuk mengrill bbq. Memang set up dia sama macam dalam drama yang korang selalu tengok.

    IMG_4717
    Banchan atau side dishes pun di sediakan sebelum aktiviti menggrill bermula. Kimchi dekat sini boleh tahan sedap. Ada sesetengah tempat yang aku makan, kimchi dia memang fail terus. Kalau tak silap aku, korang boleh tapau kimchi untuk di bawa pulang.
    Setelah semua bahan hadir , maka aktiviti menggrill pun bermula.

    IMG_4727
    Gaya macam baru balik kerja dan minum soju bersama teman di malam hari hahaha

    IMG_4718 IMG_4719 IMG_4721 IMG_4723 IMG_4724

    Kali kedua aku datang bersama dengan akak – akak traveller, tiada aktiviti bbq. Kali ini , aku cuba bibimbap pula. Untuk bibimbap , aku macam prefer telur dia yang macam separuh masak sikit supaya senang nak gaul. Rasa pun not bad.

    IMG_4831

    Kali ketiga aku datang bersama dengan sepupu ku Iryati , Faizal dan aunty Tihah aku. Memandangkan menu nak makan ini bbq korea, jadi sedikit sebanyak mengamit kenangan kami sewaktu di Seoul dulu.
    Kali ini jumlah kami agak ramai, kali ini aku order combo A (RM150.00). Siap ada udang tahu? Walaupun aku peminat seafood tapi untuk aktiviti bbq, aku memang suka daging sahaja.

    IMG_5558

    Sebelum nak balik tu, pemilik restoran ada bagi kami complimentary dish. Cheese Bul Dak. Sebut betul – betul, cheese bul dak, bukan duck, itu itik, ini dak, ayam. Walaupun kami semua kekenyangan, tapi habis juga cheese bul dak ni. Rasa dia agak pedas , jadi mungkin tak sesuai kepada yang tak gemarkan masakan pedas, aku memang suka pedas, tak pedas , tak kick lah. Oh by the way menu ini hanya available bermula September sahaja. Terima kasih sekali lagi kepada Bangi Dong sebab bagi kami rasa dulu mihmihmih.

    IMG_5562

    Kali keempat aku pergi, menyambut ulang tahun dah 366 hari bertapak di seremban. Komainlah kan nak ada ulang tahun, terima kasih kepada member U aku, Mema sudi lepak dengan aku di malam penuh bersejarah ini. KAHKAHKAH!
    Sama juga combo B (RM80) menjadi pilihan hati. Sempatlah ajar mema cara nak makan bbq Korean ni macam mana. Kena praktis dulu, nanti tak adalah terkial – kial mihmihmih.

     

    IMG_5662
    Cara nak makan Korean BBQ 101. Ready?
    IMG_4712
    Sumbat segala benda ini (banchan)…
    Ke dalam ini
    IMG_4716
    Lebihkan ini
    IMG_5655
    jangan lupa main ingredient, pastikan yang tengah panas dan baru di masak untuk mendapat kepuasan yang berganda.
    IMG_5560
    Wrap kan dan makan. Rasa dia memang terbaik!

    Aku ingin berterima kasih kepada Ruffy sebab bagi complimentary dish lagi kepada aku malam ini. Sedap Panjeon tu, siap bungkus bawa balik lagi sebab dah tak larat makan.

    Aku tulis berapa kali tu bukan nak tunjuk aku ni eorang yang gigih bab bab makan ni. Aku tulis sebab nak bagitahu, kalau kedai tak sedap, tak adalah aku datang sampai 4 kali. Jadi kepada pembaca yang terbaca entri ini, aku suggest korang pergi menikmati sendiri makanan dekat Bangi Dong ni. Kalau ada kelapangan just PM aku nanti kita boleh pergi sama-sama. Dengan syarat, korang belanjalah aku pula , aku dah belanja entri ni kan?

    Ok pape roger.

  • in

    EID – Halal Korean Food – Bangi

    Annyeong! Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Kepada yang muslim, macam mana persiapan hari raya? puasa macam mana, ada baik kah?

    Kali ini aku nak berkongsi tentang sebuah kedai makanan korea yang terletak di Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi.

    Eid Halal Korean Food- Bangi.

    Eh Eid? nama macam familiar kan? yup. Ia adalah Eid yang sama yang aku pergi di Itaewon, Seoul tempoh hari, or tempoh tahun, atau tahun lepas lah senang cerita. Di usahakan oleh Saad dan keluarga, Eid dah buka cawangannya di Malaysia.

    Memandangkan Bangi dan Seremban tidak jauh, aku beberapa kali datang ke sini untuk menjamu selera. Akak – akak traveller yang lain dah lama menjejakkan kaki dekat sini, ada sorang tu Eid tengah dah proses nak buka pun dia dah pergi, gigih betul seorang Mama, yea, Mama.

    Pertama kali aku pergi ke sini dengan akak-akak traveller uols, MAMA DJ, Dzuli dan Azra. Sampai sahaja aku dekat Eid ni, dah gaya macam nak masuk butik pun ada.

    IMG_3621

    Korang nak tahu kenapa? majoriti pelanggan dekat sini semua kaum hawa. Well, you know why. Nasib tidak lama kemudian ada 2 ketul brader datang makan dekat sini, jadi tak adalah aku seorang je , jejaka dalam kedai.

    Makanan first yang aku order dekat sini,  Dakgangjeong dan Yuja – Cha. Portion dia sangat besar, nasi sempat habis dulu. Sad siap tanya aku nak tambah nasi lagi ke? hahaha! ?

    IMG_3618 IMG_3617IMG_3616IMG_3619
    Sempatlah berborak kejap tentang menu yang dia akan perkenalkan akan datang. Aku memang lama ternanti favorite aku bulgogi, (first time aku datang belum ada lagi) ,dan juga korean cold noodle.IMG_4118

    IMG_3627

    Sewaktu Ramadan tiba, 2 kali dah sempat berbuka puasa dekat sini. Kali ini dapat jumpa dengan Mr Yusuf and wife dan Said. Dan menu kegemaran aku pun dah ada masa ni, bulgogi. Yeay! Makan bulgogi siap ada lettuce lagi, boleh wrap daging dalam lettuce dan makan begitu sahaja. Yummy.

    IMG_3962 IMG_3963
    IMG_3961
    Mr. Yusuf ada tanya aku perbezaan rasa bulgogi di sini dan di Itaewon, bagi aku sedap, tapi tidak sesedap yang dekat sana. Dia pun bagitahu, ingredient tak sama , tapi dia akan cuba bagi rasa sebiji sama macam dekat Korea.

    Aku bagitahu, kimchi dia sedap. Dia dengn Said siap suruh komen pasal kimchi. Kimchi dia sedap, cuma ketebalan tu mcm terlebih sikit. Diaorang pun terang yang di Seoul, mereka ada mesin, dekat sini potong secara manual, dia orang dalam proses nak bawa mesin tu datang ke Malaysia.

    At the moment , Saad takde , dah balik ke kampung , ehem Seoul, lepas raya baru datang balik. Mr Yusuf akan stay di sini sampai raya sebelum pulang ke Seoul.

    IMG_3978

    Dia ada tanya bila aku nak balik sana lagi, insyaAllah, see you in Autumn, gitu.

    Kepada sesiapa yang nak rasakan masakan Korea yang sedap dan enak. Bolehlah try di Eid Halal Korean Food Bangi. Jangan risau, harganya lebih murah dari di Korea tau hehehe.

    Plan untuk berbuka puasa di Eid 29hb June ni, kalau sesiapa nak join, jangan lupa roger.

    Okay until then , Annyeong!

    *Untuk dapatkan harga makanan, anda boleh layari instagram mereka di: eid.halal.korea.bangi

    *Untuk tempahan boleh DM di ig.

  • in ,

    Trick dapat harga hotel murah dengan Agoda

    Assalamualaikum dan Annyeong Haseyo kepada semua pembaca khususnya mereka yang bertitle backpackers, travellers, tourist, frequent flyers, pencari kedamaian dan pelbagai nama panggilan yang lain.

    Dalam episod kali, maksud aku dalam entri kali ini, aku ingin berkongsi sedikit tips dengan anda di luar sana tentang cara – cara untuk mendapatkan penginapan yang murah.

    APA?? MURAH???

    43
    Sun Wukong pun suka murah!!

    Terangkan brightness, tutup muzik Zayn Malik dari iPod Shuffle, tutup pintu bilik dan tutup pintu hati, eh ilmu kan, buka pintu hati tu besar sikit baru senang tips ni nak masuk.

    Ada pelbagai cara yang orang gunakan ketika ingin menempah bilik hotel / hostel / guesthouse / asrama / pondok ketika mereka berjalan / mengembara / travel / tour. Ada yang rajin membelek site seperti Agoda, BooQeeng, TraviGo, BNB dan pelbagai jenis lagi. Ada yang lebih selesa menyerahkan proses ini di kendalikan oleh tour guide, tahu – tahu dah sampai boleh tidur dengan selesa, settle. Golongan ini mungkin tak sesuai nak baca teknik rakyat marhaen macam saya. Pergi baca blog gossip sana~ shush shush…

    You still here? Okay, sambung baca…

    Perkara pertama dan paling penting sekali sebelum booking sesuatu tempat penginapan adalah memastikan anda ada duit dalam akaun bank. Ye betul, duit sangat penting, tak ada duit mana boleh booking bang/akak. Jangan pula, tulis email dekat saya, tanya teknik nak booking tanpa duit. Ajaib pula.

    Perkara kedua, sila pastikan negara dan tempat yang anda nak menginap tu adalah betul. Jangan beli hostel di Tokyo tapi anda duduk di Shanghai. Jangan buat kerja tak cerdik ini ye. Pastikan juga tempat anda pilih, kalau boleh berhampiran dengan subway( bukan subway makanan tu, ko ingat nak makan ajer, subway train laaa) / station bus /teksi untuk kemudahan anda bergerak.

    99
    Ini Shanghai misalnya.
    1g
    Ini Tokyo contohnya
    Menara komunikasi
    ini menara komunikasi contohnya

    Perkara ketiga, PALING PENTING. Anda boleh klik link ini, atau klik banner Agoda di sebelah kanan blog kesayangan saya ini. Proses ini akan membawa anda ke muka halaman Agoda. Kalau anda dah sampai, maksudnya anda telah berjaya separuh jalan.Jangan risau kalau muka utama dia menunjukkan negara Korea, sengaja saya letak supaya saya nak booking nanti senang. Anda hanya perlu search nama hotel/ negara/state tempat yang anda hendak tuju ke dalam search engine Agoda.

    IMG_1617st regis room8 336

    Perkara keempat, kedua terpenting. Sebelum booking, anda perlu mendaftar masuk AGODA. Dalam bahasa omputih dia, sign up. Jadi create satu akaun, tak susah pun, macam nak create akaun facebook aje. Dan seterusnya anda boleh teruskan proses membooking hotel.

    Agoda Sign in
    MYR tu currency, boleh tukar ikut kesukaan, ikutlah nak tengok dalam Korean Won, Japanese Yen, US Dollar ke, jangan nak tengok dalam Saidina sudah

    Kenapa kena buat proses- proses ini? ini bertujuan untuk anda mendapatkan sesuatu yang di panggil insider deals. Insider deals ini menawarkan harga bilik yang jauh lebih murah daripada biasa. Deal ini TIDAK BOLEH dapat kalau anda sekadar melayari sahaja website AGODA. Harga yang boleh dapat adalah jauh lebih murah daripada yang di tawarkan kepada umum. Dengan adanya akaun ini, anda boleh juga menyemak hotel/hostel yang pernah anda book sebelum ini.

    Agoda Murah

    Mudah kan? semudah A, B, C kan? SIAPA kata ABC itu mudah? ABC pun kena belajar taw….

    Okay. Sampai sini sahaja entri kali ini.

    Hidup AGODA.

  • in ,

    The Parque Cafe

    Kali ini aku nak perkenalkan korang dan café hunter dengan satu café yang agak menarik konsepnya. The Parque Café. Pertama kali aku tercome across dengan cafe ini melalui instagram (Duh~ mana lagi nak dapatkan info tentang café hipster/hipster kalau bukan dari instagram).

    IThe Parque Café

    Berlainan dengan café yang aku pernah pergi, instead of tertarik dengan makanan/ minuman yang di tawarkan, aku lebih tertarik dengan reka bentuknya yang menarik. Jadi aku pun mula membuat kajian (bukan main kan) tentang kedudukan dan lokasi café. Tak susah, cuma perlu waze kan diri anda sahaja ke sini. Tapi , tak semudah yang anda sangkakan.

    Setelah menghantar Aunty aku ke lapangan terbang antarabangsa ( ada conference di Bangkok) , aku terus shoot off untuk mengambil Mili. Lepas itu dengan penuh harapan, dan perut yang lapar,kami menuju ke The Parque Café untuk bersarapan pagi. (PAGI okey, dalam pukul 10 pagi gitu).

    Perjalanan ke café ini memang agak berliku dan jauh. Serius jauh, tapi demi sesuap kopi dan seteguk spaghetti kami teruskan pemanduan ke sana. Lebih kurang 45 minit, kami tiba di kawasan perumahan Eco Sanctuary dan bermulalah episod berpusing-pusing di taman perumahan yang belum siap ini.

    IMG_2022 IMG_2015

    IMG_1984 IMG_1985 IMG_1986 IMG_1989

    Lama juga kami berpusing, dan akhirnya kami tiba juga di lokasi yang di tunggu – tunggu. Dari parking lot ada kereta caddy yang menunggu untuk membawa kami ke café. Satu benda sahaja aku nak cakap, rumah dekat kawasan sini memang lawa, dan aku expect harga pun bakal lawa juga. Jadi kami pun berborak/berangan mungkin ada di kalangan ini yang bakal jadi milik kami. Berangan free, tak payah bayar kan?

    Sampai sahaja kami di hadapan café, apa lagi, terus menuju ke kaunter untuk membuat pesanan. Tak banyak pilihan yang di tawarkan, jadi kami main order sahaja pilihan yang ada dan mengharapkan kesedapan bakal menusuk ke lidah dan tekak.

    IMG_1964 IMG_1965 IMG_1966 IMG_1971 IMG_1972

    Makanan tak mengambil masa yang lama untuk siap. Tanpa melengahkan masa, dan selepas membaca DOA MAKAN dan MENANGKAP GAMBAR makanan untuk di upload ke instagram, baharulah kami menjamu selera.

    IMG_1969 IMG_1970 IMG_1973 IMG_1975 IMG_1977
    Terdapat beberapa kawasan yang boleh kita pilih untuk menjamu selera atau sekadar nak melepak minum air kopi, tapi memandangkan kita berada di dalam musim yang panas membahang terpaksalah juga duduk dalam bilik berhawa dingin.

    Kawasan persekitaran The Parque Café ini mengingatkan aku kepada cerita Secret Garden lakonan Hyun Bin dan Ha Ji Won. Kawasan rumah Hyun Bin dalam drama berkenaan sebiji macam kawasan café ini.

    Aku tak tahu sekiranya café ini akan terus berada di sini sehingga kawasan perumahan ini di buka, atau bakal di removekan kemudian, jadi kepada café hunter bolehlah datang ke The Parque Café untuk mengalaminya sendiri.

    IMG_2010

    EcoWorld @ Eco Sanctuary
    Persiaran Eco Sanctuary
    Telok Panglima Garang
    Selangor

    Waktu operasi: 10 pagi-10 malam

  • in ,

    Meat Point (TTDI)

    Hi pencinta makanan dan khususnya kepada pencinta daging. Kali ini aku nak berkongsi dengan anda semua sebuah kedai SteakHouse , Met Point TTDI yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

    Mon-Thu:
    12:00 pm – 11:00 pm
    Fri:
    6:00 pm – 11:00 pm
    Sat-Sun:
    12:00 pm – 11:00 pm

    Sewaktu pertama kali aku pergi, hujan turun membasahi bumi dan aku dalam keadaan yang tidak begitu sihat untuk menangkap -nangkap gambar, mana nak ada mood tangkap gambar sewaktu kesakitan dan kehingusan. Jadi kali kedua aku ke Meat Point ini sekali dengan Aunty Juju dan Aunty Tihah, ehem ada bau iMac baru tahu pulang ke Seremban. hehe.

    IMG_1855

    Jadi sampai sahaja di Meat Point, macam biasa kita boleh pilih daging mana yang kita hendak dari chiller ataupun kalau dasar pemalas dan punggung berat, kita duduk je dekat kerusi dan beritahu pekerja kita nak makan daging apa dan dia akan bawakan ke meja mengikut pilihan yang telah kita buat.

    IMG_1881
    Ada gambar rajah lembu untuk membantu anda buat pilihan, jangan pilih kepala lembu sudah.

    IMG_1880 IMG_1874 IMG_1873 IMG_1872

    Selepas pemilihan daging telah di buat, bolehlah decide nak side dishes apa dan sauce apa. Ikut suka andalah, jangan minta sos tiram sudah. Pemilihan tahap kemasakan (aku tak tahu ayat ini betul atau tidak, tak apa asalkan korang faham sudah) perlu di buat untuk memastikan daging yang di masak itu mengikut citarasa anda. Untuk aku, Medium Well, tak terlalu keras dan tidak terlalu rare, lembut dan enak. Aunt Juju prefer Rare. Aku pernah try sekali, rasa dia sedap juga, tapi rasa macam agak pelik pun ada. Saranan dari seorang kawan supaya aku mencuba medium rare, tunggulah kalau ada kesempatan, mungkin boleh mencuba.

    IMG_1859

    IMG_1857
    Roti Pembuka Selera

    IMG_1856 IMG_1858

    Sambil menunggu makanan tiba, anda bolehlah berborak, main handset, check in, selfie, tangkap gambar, dengar conversation orang sebelah (bukan salah aku, dia cakap macam depa own the place, sepelaung jauhnya boleh dengar). Tidak berapa lama kemudian, air pun sampai, tapi janganlah minum air sampai habis nanti kau kekenyang , siapa nak habiskan steak yang maha sedap itu.

    IMG_1860

    Dalam 15 minit, (okay aku agak sahaja, bukan tengok jam pun) Steak yang maha enak pun tiba di meja.

    IMG_1861
    Rare Tenderloin Steak
    IMG_1862
    Medium Well Tenderloin Steak
    IMG_1864
    Crispy Chicken Chop
    IMG_1866
    Tetiba dia bagi aku aiskrim free hahaha. Ok tipu. Senang je nak dapat aiskirm free ni, apa yang perlu anda buat, cuma upload gambar di sosial media, atau check in, atau tag, atau buat post dan tag MEATPOINTTTDI , terus boleh dapat aiskrim. Gitu.

    Aku rasa tak perlu kot nak bagi bintang – bintang atau grading sebab aku ini bukanlah seorang yang bertauliah dalam bab makanan ini. Dari pendapat peribadi, aku memang suka tempat ini sebab enviroment dia yang macam chill, makanan sedap dan menepati rasa yang aku inginkan. Jadi aku tak teragak-agak untuk mengajak anda datang untuk mencuba sendiri makanan di Meat point TTDI ini. Kepada yang tak mengemari daging, ada juga hidangan seperti Salmon dan seafood dekat sini, tapi dah nama Meat Point kan, apa yang kau cari seafood dekat sini, baik cari di kedai bernama Seafood Point. Hambar. I know.

    Jadi kalau ada masa terluang dan mencuba tempat western yang berlainan dari tempat yang anda selalu pergi, bolehlah datang sendiri dan mencuba. Di sarankan untuk menunggu selepas gaji untuk datang ke mari ye.

    Until then.

    Tata.

     

  • in ,

    Sakura Trip Seoul – Nami Island

    Hi semua, memandangkan dah hampir setahun berlalu dan entri tentang trip Korea aku belum lagi habis apa kata kita habiskan Sakura Trip Seoul – Nami Island. Kepada Zaidi, get well soon bro, banyakkan rehat dan jauhi nyamuk denggi ye. Sama- sama kita doakan kesihatan Zaidi.

    Where were we? OH! Pagi 20/4/2015 trip kami nak menuju ke Pulau Nami. Kenapa lambat sangat aku pilih untuk ke Pulau Nami ini? Dah hari kkedua terakhir baru nak pergi (isnin). Tujuannya aku mengellak daripada kesesakan manusia di hujung minggu. Bayangkan nak beratur naik feri dalam kesejukan selama satu jam, tak payah setengah jam pun kau dah mengigil. Lagi satu, susah nak bergambar kalau manusia dah banyak dekat Pulau Nami itu nanti. Nanti Photo Bomb ada di mana – mana.

    Jadi seawal jam 9.30 pagi kami bergerak dari SinSeol – Dong Station menuju ke Stesen Cheongnyangi yang terletak hanya selang satu stesen je daripada tempat penginapan kami. Strategik beno tempatnya kan? Travellah dengan bijaksana nescaya boleh menyelamatkan poket dari terus kempis dan kering kontang.

    Sampai sahaja di Cheongnyangi Station kami terus pergi membeli tiket nak ke Nami Island/ Stesen Gapyeong. Pukul 11:17 keretapi dating, makan mereputlah menunggu keretapi ITX selama 1 jam setengah. Sempatlah minum kopi dan memerut sebentar, guys don’t judge, pepagi kan? Memerut pagi sangat penting, sama penting dengan makan breakfast tahu?

    2

    Harga tiket ke Gapyeong , 4000 won, lebih kurang RM12 untuk sehala, sekarang memandangkan ringgit dah lemah gemalai, rasanya dah RM16. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit ini macam la. Dekat tiket ada tulis 11:17 am sampai, 11:55 sampai Gapyeong. Gerabak 6, seat 2D. Jangan 4D itu harom. Jadi sila sediakan RM40 untuk pergi balik dan enjoy perjalanan selama 40 minit ini dengan .. I don’t know , tengok permandangan , selfie atau tidur. Untuk ke Gapyeong ada 3 cara setahu aku, naik bas, naik ITX dan juga naik keretapi biasa. Dulu aku pernah buat naik keretapi biasa (perjalanan balik dari Gapyeong) memandangkan tiket ITX habis, dan juga lambat. Keretapi biasa lebih kerap, tapi berhenti banyak stesen, 17 stesen. Masa itu kalau tunggu ITX memakan masa sejam, jadi bila di beri pilihan menunggu ITX selama sejam di stesen Gapyeong dan meredah derita 17 stesen, aku pilih DERITA merinduimu, eh hahaha. Lagipun tiket lebih murah kalau keretapi biasa.

    1

    40 minit kemudian kami sampai di stesen Gapyeong. Keluar dari stesen terus ambil teksi , 3000 – 3500 won bergantung kepada trafik. Selalunya takkan lebih 3500 won pun, split dua orang baru 1750 won seorang, RM5 seorang. Kalau nak jimat, boleh je jalan kaki ke jeti, tapi berpeluh sikitlah, korang sah – sah lemak menginap di perut dan di lengan serta peha kan, mana boleh jalan jauh – jauh hahaha.

    Sampai di jeti, Zaidi terpegun melihat flying fox yang menuju terus ke Nami Island. Kalau kau nak naik Zaidi, kau naiklah seorang, aku memang tidaklah walaupun orang bagi RM1 juta. Tapi ikut logik siapa nak bagi aku 1 juta kan? Jadi aku beranilah cakap macam tu. Macam biasa, beratur untuk beli tiket. Harga tiket ke Nami Island ialah 8000 won, ini untuk pergi dan balik. Kalau korang pergi dan tak nak balik , itu hal korang. Tukang jaga tiket pun mesra, asyik tanya “Where are you from?”, “Malaysia” “Oh, selamat datang”. Pandai juga mereka sebut selamat datang, kita nak sebut annyeonghaseyo pun tak lepas, cuba korang sebut , berjaya tak? 75% memang tak dapat sebut dengan betul, confirm.

    3

    Bila jeti tiba, jeti kuda hang, feri hahahaha, aku terus meluru masuk ke bahagian dalam feri untuk mendapatkan haba. Aku suruh Zaidi menikmati pemandangan di luar memandangkan dia pun ikut aku masuk ke dalam. Tak tahan sejuk juga rupanya, macam mana nak berwinter sonata kalau macam ni hahaha. Sebenarnya salah satu trick untuk mendapatkan haba waktu sejuk macam ni adalah dengan marah. Kenapa marah? Kan orang bila dia marah dia akan kata “ Panas betul aku” Haa, kan dah panas? Tak kelakar eh? Punch line tak sampai? Takpe, selalunya 2 business day baru sampai.

    Selepas 8 minit dan 32 saat. Feri pun berlabuh di pengkalan jeti Nami Island. Maka sesi bergambar pun bermula serba sedikit. Ke chak sana, Ke chak sini, pose sana, pose sini, freestyle.

    IMG_5125

    IMG_5124
    Botol Air yang banyak berkhidmat haruslah masuk dalam gambar sekali. Aku jenis tak lupa jasa orang, eh jasa botol

    IMG_6642 IMG_6647

    _DSC0209 _DSC0174 IMG_6648 IMG_6649 IMG_6651 IMG_6653

    Lepas bergambar, perut pun rasa lapar. Patutlah model – model iklan semua kurus – kurus, posing di tangkap gambar ini memang melaparkan rupanya. Nak kata diri sendiri model ke macam mana ni sebenarnya?

    Bila dah rasa lapar dan rasa dahaga, mana nak cari ais kacang pula kan? Jadi kita cari kedai makan biasa. Dahulu, aku selalu makan nasi goncang, Doosirak dekat Nami Island ini, tapi sekarang dah ada kedai makan baru, Asian Cuisine.

    IMG_6655 IMG_6656

    Harga makanan dekat Nami Island memang gulp sikit, tapi standard makan di Seoul memang mahal untuk rakyat marhaen macam aku ini. Setakat ini yang paling murah aku jumpa untuk satu hidangan Bibimbap adalah di Eid. Aku share harga dengan anda semua bukan nak tunjuk aku makan makanan mahal, tapi harga – harga ini bkorang boleh buat budget sama ada nak makan luar atau nak bungkus dari hostel, atau nak makan jajan, atau nak makan pau, atau nak makan cekedis dari Malaysia, atau nak bawa maggi, atau nak puasa sepanjang hari. Ikut citarasa masing- masing.

    IMG_5132 IMG_5134 IMG_5128 IMG_5137 IMG_5139

    Selepas makan, kami sambung bergambar di sekitar Nami Island. Ambil feeling winter sonata, autumn in my heart, dan spring waltz. Spring Waltz tak ada pula scene dekat Nami, mostly banyak di Southern Part of Korea. Tak apa , demi Han Hyo Joo aku akan pergi nanti.

    IMG_5156
    Berjaya menemui gua manchester united branch nami Island

    _DSC0217 _DSC0229 _DSC0230 _DSC0235 _DSC0245 _DSC0247 _DSC0252 _DSC0262 _DSC0316 _DSC0318 _DSC0329 IMG_5152 IMG_5167 IMG_5179 IMG_5183 IMG_5187 IMG_6662 IMG_6667 IMG_6669 IMG_6672

    Sedetik kemudian, kami pun bergerak menuju ke Seoul semula menaiki ITX. Tujuan kami seterusnya, Namdaemun Market. Ini pun sebab nak belli kiriman dari kawan-kawan, tengok saying betul aku dekat korang tahu. Perjalanan selama 50 minit pulang ke Seoul di isi dengan aktiviti yang paling berfaedah, tidur.

    IMG_5193

    Bila dah hampir ke Seoul, body clock aku pun terbangun dengan sendirinya. Dengan mata terkebil – kebil, aku cuba mengadjust mata dari sepet korea ke bulat Malaysia, di sisipkan dengan tahi mata bekalan dari udara Nami Island tadi. Sampai sahaja di stesen, aku dan Zaidi meluru keluar dari ITX dan mengorak langkah, dan tiba- tiba Zaidi membuka soalan cepu emas.

    “Eh, telefon saya mana eh”

    Soalan yang menderaukan darah aku. Bergurau ke ni? Tapi bila Zaidi dah macam kaget raba semua poket, aku memang percaya telefon dia tak ada pada empunya diri. Terus dia berlari masuk ke dalam ITX, dan aku pun follow dari belakang. Mula- mula, aku tunggu dekat luar, tapi naya pula kalau ITX ini bergerak. Alang- alang bergerak, baik gerak sama-sama. Memang ITX tu bergerak pun hahaha. Habis di selongkarnya kerusi ITX tempat kami tadi, dan memang nasib Zaidi baik, telefonnya aka iPhone 6 yang baru di beli sebelum ke Korea dapat di jumpai. Tiada tanda – tanda ia di culik, di samun , dan di sexually harass.

    Jadi duduklah kami di dalam ITX menuju ke stesen Oksu. Dari Oksu kami menuju ke Dongdaemun Market. Aku sempatlah membeli poster, tapi kedai brooch mak angkat dah tutup. Nak malam dah, mak angkat dah balik nak sediakan bibimbap untuk family dia. Kami mengorak langkah ke Myeongdong sambil berpusing- pusing memikirkan nak makan malam di mana.

    IMG_5195Sewaktu di Namdaemun Market aku sempat singgah dekat kedai brother ni untuk beli poster si Anys. Brother ni memang ingat aku sebab last time aku beli baju runningman dari dia, and ada fellow traveller yang aku suggest kedai dia ni kalau nak cari merchandise. Berdiskaun – diskaun dia bagi aku kali ni, siap dapat free barang lagi. Kedai brother ini satu deret dengan brother jual candy korea yang reti cakap bahasa melayu. Belakang sikit daripada kedai topi yang aku selalu pergi. Brother topi tu pun bagus juga, ada bagi diskaun sokmo hahaha.

    Tetiba aku teringat yang Myeongdong ini ada Hello Kitty Café, jadi sempatlah kami melilau mencari café baru ini. Kedainya lebih kecil kalau nak di bandingkan di Hongdae, tapi sempatlah merembat beberapa merchandise hasil kiriman dari rakan- rakan di Malaysia.

    IMG_5196

    IMG_5212
    Hello Kitty ni dah kenapa nak mahal sangat?

    IMG_5209 IMG_5207 IMG_5205 IMG_5203 IMG_5202 IMG_5199 IMG_5198 IMG_5197 IMG_5212

    Soalan pertama dari tadi timbul. Nak makan dekat mana ye kita malam terakhir ni? Sambil minum secawan Caramel Macchiato panas kami berfikir, kemana hendak di tuju. Seperti yang anda ketahui, air kopi bintang ni agak mahal di sini, tapi memandangkan bila beli tumbler dapat kupon air free, apa lagi, kasi perabih sahajalah HAHAHA.

    Pada permulaannya , Zaidi nak ajak Yoogane, tapi memandangkan kami masih ada lagi lebihan budget, apa kata kita makan besar malam ini di Yang Good Korean Lamb BBQ Restaurant di Gangnam. Zaidi setuju dan kami terus menuju ke Yeoksam untuk menikmati makan malam terakhir kami di kotaraya Seoul, Korea. Kena macam RM61 seorang untuk malam terakhir ni.

    IMG_5214 IMG_5215 IMG_5220


    Keesokan harinya, pelan asal kami nak gerak makan di Eid, aku siap dah tempah tempat dengan Saad. Tapi memandangkan kedai buka agak lewat, aku tak berani pula nak gamble. Jadi aku mesej Saad untuk cancel, dan kata akan datang autumn nanti (Zaidi je pergi , aku tak pergi). Kami terus menuju ke airport, dan timing memang cantik, sebab sampai je airport, kami alas perut dengan Macaroon dan kopi dari Paris Baguette dan terus check in.

    IMG_5266
    Last drink before flight. Agak hampa sebab air sakura versi tahun lepas tak ada, sedap wei!

    IMG_5252

    Selamat tinggal kampung, hingga berjumpa lagi kalau ada rezeki. Annyeong.

    IMG_5255

  • in

    Review Permai Hotel Kuala Terengganu

    Beberapa minggu yang lalu aku sekeluarga telah ke Kuala Terengganu untuk majlis perkahwinan sepupu aku, Rafee dan gadis pilihannya Mieyna. Jadi salah satu misi pertama yang pertama apabila hendak travel ke luar kawasan ini adalah mencari tempat tinggal yang sesuai. Tak mahu yang terlalu jauh dari lokasi majlis nanti terlambat pula.

    Memandangkan ini bukan pertama kali kami ke Kuala Terengganu jadi aku telah memilih Hotel Permai Kuala Terengganu sebagai tempat tinggal kami sekeluarga untuk majlis ini. Hotel ini terletak di Jalan Sultan Mahmud Kuala, 20400, Terengganu, Malaysia. Hanya perlu tulis Hotel Permai Kuala Terengganu ke dalam aplikasi Waze , insyaAllah anda akan sampai ke destinasi dengan jayanya.

    Perjalanan dari Kuantan Ke Kuala Terengganu mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Alhamdulillah cuaca sepanjang perjalanan sangat baik. Yelah, kalau nak di ikutkan tahun tahun sudah, bulan disember ini selalunya hujan dan banjir kan?

    IMG_0264 IMG_0265 IMG_0266 IMG_0267
    Proses untuk check in ke dalam hotel Permai tidaklah sukar sebab memang dah buat tempahan bilik awal – awal lagi. Hanya beberapa minit di kaunter pertanyaan untuk pengeshan diri, dan terus boleh masuk ke dalam bilik. Apa lagi boleh lah ambil peluang untuk merehatkan diri dan membersihkan diri.

    IMG_0268 IMG_0269 IMG_0270 IMG_0271 IMG_0274

    Lokasi hotel ini strategik kerana selain dekat dengan lokasi rumah pengantin, ia juga dekat dengan Pantai Batu Burok. Nak mencari makanan pun tak susah, sebab di kawasan Pantai Batu Burok ini memang banyak kedai makanan. Selain itu, hotel Permai ada juga menyediakan pakej makan malam yang mnearik, tapi hari itu aku terlupa pula nak ambil brochure tentang pilihan makanan yang di tawarkan.

    IMG_0290IMG_0289

    Kepada mereka yang kebetulan atau yang merancang untuk ke Kuala Terengganu, boleh cuba sendiri menetap di Hotel Permai ini. Caranya mudah sahaja kalau hendak membuat tempahan, hanya perlu melayari website HotelsCombined . Jadi anda boleh mengelakkan diri daripada di kecewakan sekiranya bilik untuk di tempah habis. Selalunya akan , dan pasti berlaku ketika musim cuti persekolahan.

    Until then, tata!

  • in

    Ocean Hauz – Bandar Baru Bangi

    Hello pencinta makanan apa khabar anda semua? moga berada di dalam kesihatan yang baik hendaknya. Dah lama aku tidak menulis kerana kesibukan kerja, jadi kali ini aku nak berkongsi tentang sebuah kedai makanan laut , Ocean Hauz yang terletak di Bandar Baru Bangi.

    Sebenarnya dah dua kali aku menjejakkan kaki ke restoran ini. Pertama kali sempena menyambut kepulangan sepupu aku dari Liverpool, bakal pengantin baru ( sekarang sudah pengantin ye, Alhamdulillah) dan kali kedua sempena menyambut birthday Mui.

    Untuk sampai ke tempat ini tidaklah sukar, aku pakai Waze sahaja,  cuma perlu type Ocean Hauz terus di bawanya kita ke Ocean Hauz. Restoran ini bertempat di No 13, Jalan 8/35, Seri Bangi Commercial Centre, Bangi. Untuk tempahan anda boleh hubungi 03-89123971, mana tahu kalau silap hari bulan, penuh, tak perlu bersesak nak menunggu meja kan?

    Kedai ini di buka dari pukul 4.30 petang  – 11 malam ( Isnin – Jumaat) dan 12.30 tengahari hingga 11 malam ( Sabtu dan Ahad).

    Ocean Hauz - Bandar Baru Bangi

    Bila dah sampai ke Ocean Hauz ini, perkara pertama yang anda perlu buat adalah memilih benda apa yang anda hendak makan, jadi pilihlah makanan laut kegemaran anda. Ada pelbagai jenis makanan laut dari ketam, sotong, lala, udang, bamboo clam, dan pelbagai lagi.

    Ocean Hauz - Bandar Baru Bangi IMG_9945 IMG_9950 IMG_9946

    Lepas dah pilih ikut suka hati dan selera perut masing -masing, seterusnya proses penimbangan harga haiwan – haiwan (betul ke guna haiwan, okay tukar hidupan laut) , harga hidupan laut tadi akan di jalankan di kaunter. Sambil itu pekerja dia akan tanya anda nak masak macam mana, sama ada lemon butter, garlic pepper, spicy pineapple. Aku suggest spicy pineapple sebab lemon butter tu rasa dia macam muak sikit nanti.

    Selepas dah membuat pilihan hidupan laut dan cara masakan, boleh terus melakukan pembayaran. Telan air liur juga nak bayar, jadi pastikan anda memilih hidupan laut tadi mengikut budget masing- masing dan bukan sekadar mengikut kehendak tekak sahaja ye HAHAHA.

    IMG_9949

    Setelah bayaran di buat, anda akan di bekalkan dengan kertas mahjong , (aku panggil kertas nak lukis pelan), kertas ini akan di letakkan di atas meja. Pastikan bahagian yang licin mengadap ke atas, jangan lakukan kesilapan seperti diriku ini. Anda juga akan di bekalkan dengan apron mengikut jumlah orang yang ada. Jadi kepada yang sentiasa memakai baju berjenama dan tak mahu ia berbau atau terkena dengan makanan laut selepas makan, boleh siap – siap pakai apron ye.

    IMG_0535

    Makanan mengambil masa lebih kurang 20-30 minit untuk siap, jadi gunakan 20 – 30 minit yang ada ini untuk bergurau senda, berselfie, update lokasi facebook, bincang pasal perkahwinan, bincang pasal masa depan, ataupun politik. Sekejap sahaja masa berlalu, makanan pun sampai. Bila dah sampai tu jangan lupa cuci tangan, amalkan cara hidup yang sihat ye. Lepas dah cuci tangan, jangan pulak terus menyerbu makanan tanpa membaca doa makan, haa jangan kata terlupa pula macam mana nak doa, makan kita tak lupa pula kan?

    Makanan yang siap di masak tadi akan di taburkan di atas meja makan yang beralas dengan kertas pelan arkitek tadi. Selepas makan di hidangkan , apa lagi , dig in guys!!

    IMG_0542 IMG_0545 IMG_0548 IMG_0552 IMG_0540

    Ini sewaktu sesi makan bersama dengan sepupu aku dari Liverpool.

    IMG_9976 IMG_9972 IMG_9973 IMG_9971 IMG_0718

    Secara keseluruhan Ocean Hauz bagi aku, so – so sahaja. Aku tak suggest anda ambil ketam sebab dua kali aku datang , ketam dia tak ada isi sangat. Jauh berbeza dengan ketam dekat Fatty Crab. Tapi dekat sini dia punya udang semua gemuk – gemuk, maksud aku gebu – gebu. Budget untuk makan di sini, aku rasa lebih kurang kena peruntukkan RM400 – RM600 untuk satu sesi. Walau bagaimanapun, budget tetap bergantung dengan apa yang anda pilih.

    Kepada yang ada masa, boleh cuba try test datang ke Ocean Hauz untuk merasainya sendiri. Tolong jangan tanya perbezaan dengan Shell Out sebab aku sendiri pun tak pernah pergi. Kalau ada yang nak pergi ke Shell Out dan nak sponsor makan malam , jangan lupa hubungi aku ye.

    Until then, tata.

  • in

    Fiq’s Gastronomy

    Assalamuaikum!Annyeonghasyo! Sempena hari jadi aku yang ke ____ sila isi tempat kosong, kalau betul akan dapat hadiah. Okay, gurau, korang lah kena bagi aku hadiah, terbalik kot pula.

    Address: 34, Jalan SS 19/1d, Ss 19, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia

    Mui ajak pergi cuba try test dekat satu kedai , Fiq’s gastronomy. Mula- mula masa aku dengar, aku ingat aik , makan apa dekat kedai ini bergas bagai, (maklumlah bahasa english kurang fasih) nanti makan- makan benda bergas ini dapat gastrik tak pun nanti tak berhenti- henti mengeluarkan gas dari badan, masak~ kalau ikut atas takpe, kalau ikut bawah, naya orang sekeliling.

    Jadi selepas pulang dari kerja, aku terus menuju ke Putrajaya, pick her up, and waze ourselves to Fiq’s gastronomy. Kami pun ikutlah arahan , “turn left, in 100 hundred metres exit left, turn right, hazard reported ahead”, menuju ke Subang Jaya memang ada gaya.

    Ada satu kawasan ini aku pelik betul dekat Putrajaya ini, iaitu tempat dia letak kamera speedtrap. Kawasan itu berbukit, so dah bukit turun memang laju, and everybody sampai kawasan tu terus tekan brake, I was like “kau dah kenapa?” jadi sila berhati- hati di jalan raya dan majulah sukan untuk negara.

    Apabila dah sampai dekat area Subang Jaya ini, waze membawa aku sampai ke satu kawasan perumahan yang ada park guard. Aik, waze ini biar betul, takkan silap lokasi pula. Aku tak jadi masuk kawasan perumahan itu, reverse, keluar balik dan pusing lagi sekali. Waze tetap menunjukkan lokasi yang sama. In the end, kami decide, nak tanya pak guard, mungkin Fiq’s Gastronomy ini lokasi terletak dekat rumah Chef Shafiq. Sampai sahaja dekat guard , dia terus alih kon dan benarkan kami masuk.

    Aik, tak ada tanya-tanya pape ke?aku baru nak tanya rumah Chef Shafiq  Zane dekat dalam ke? Hahaha. Dah masuk tu, waze terus berbunyi, in 300 metres you will reach your destination. Pandu punya pandu, akhirnya Mui pun kata “Haaa di sinilah tempatnya,”

    image

    image

    Masuk je ke dalam Fiq’s Gastronomy, aku rasa lega sebab nampak dapur yang orang sediakan maknan dan bukan balang- balang gas. Hahaha, okay aku sahaja je bermain dengan perkataan gas tu, jangan marah Chef Fiq ?.

    image

    image image

    Tak ramai sangat orang sewaktu kami sampai, menurut Mui, orang akan start ramai bila malam. Yelah kami datang untuk Brunchtea (Breakfast, lunch, tea time) berapa ramai yang pelik nak datang ketika brunchtea kan? takpe korang tunggu bila dah trending nanti.

    image

    image

    image

    image

    image

    Jadi duduk – duduk dan belek – belek menu, baca description semua nampak macam sedap dan enak sampaikan tak tahu nak pilih yang mana.Cadangan Mui, kita pilih yang bertanda pilihan chef, mesti paling sedap sebab Chef dia sendiri yang rekemenkan. So, we decide to go for it.

    Selepas sesi bergambar, particularly sesi bergambar menggunakan kamera depan (selfie, wefie laa) , makanan pun sampai. Sebelum makan kena buat apa? APA? tangkap gambar makanan? bukan, baca doa makan dulu, lepas tu baru ambil gambar ye. Tak senonoh betul.

    image                                                                              Crab Roll (Fried Soft Shell Crab)

    image
    Compressed Short Ribs ( no bones )
    image
    Percubaan Flatlay yang amatur

    Makanan dia boleh tahan. Aku lebih prefer soft shell crab Mui daripada pilihan makanan aku sendiri. Walau bagaimana pun compressed rib aku terbaik juga, tak ada tulang, lembut dan kuantiti pun banyak.

    Selepas sesi makan selesai, tetiba Mui minta waiter hantar dessert, aku macam pelik, bila pula dia order dessert. Dia keep on kata dia ada order tadi. Bila dessert tiba, ada pula sekali lilin, macam ni haaa

    image
    Fiq’s Baked Alaska

    Sweet sungguhlah, bahaya. Risau paras gula meningkat. I need to control my sugar level okay? Hahaha thanks awak.

    Dessert yang di namakan Baked Alaska  ini, aku memang suggest korang try sendiri, memang sedap dan terbaik.

    Selepas habis sesi makan – makan, kami pun bergerak ke port seterusnya. Terima kasih baca.

     

Load More
Congratulations. You've reached the end of the internet.